mau apa cari kat cni sendri, k?

Wednesday, January 6, 2010

jln2 gi india

 Saja jerr saya nak kongsi cita pasal gi ke india time disember lepas ngan kekawan.. biarpun agak sejuk ckit time tue..tapi best gilerr gi sana.. kengkadang sediey jugak lea nengok bdak2 kecik tepi jln dok cbuk kutip taik lembu yg dah kering.. tujuannya kata pemandu pelancong kami; khurthy(kurti) utk jd bhn bakar time malam tuk panaskan badan.. geli pun ada jugak lea tapi apa yg kami bley wat cuma tgk apa yg mereka wat utk trus kan idup..
  Saya dan kekawan byk menghabiskan masa kami di satu tempat iaitu Kerala.Saya nak crita cikit pasal Kerala.. mungkin ada yg tak nah dengar pasal kerala..
   Menurut dlm majalah kapal terbang yg kami naiki tu, kerala adalah antara 50 tempat 'wajib' yg mesti dilawati di dlm dunia niey..
saya juga rasa cam tue bila dah gi sana tempoh ari..
   Tempatnya yg aman, bley kata makmur lah jugak dan indah ngan alam semula jadi. Klu mau tau, ianya terletak di kawasan barat daya tropika india. kerala niey ada pesisiran pantai sepanjang 580km yg masih terpelihara serta rangkaian laluan air yg digunakan oleh pengangkutan tempatan utk perjalanan ulang-alik diorg yg menjadi 1 tarikan pd pelancong..


   Laluan air di kawasan pantai Malabar adalah satu jaringan lorongan berair payau meliputi beberapa muara , teluk, lagun dan tasik. Pantai tue bersambung ngan sungai dan terusan serta laluan air yang lain yang tak terbilang byknya. Suma laluan niey jd kawasan pelayaran bot iaitu pengangkutan utama yg digunakan oleh hampir suma pedagang tempatan. Pengangkutan di laluan air nie juga menyumbang kpd pertumbuhan ekonomi tempatan sbb byk urusan bisnes diorg di wat kat kawasan pedalaman. Aktiviti popular bg suma org kat ctu pastinya memancing.
   Saya dan kekawan pilih utk jelajah kawasan tu ngan bot bab kebiruhijauan airnya , keindahan flora fauna dan kemewahan hidupan liar yg bebas. Suasana yg saya lihat sepanjang tepi sungai sentiasa berubah. Jap bley nampak kebun sayur berbaris teratur, jap lagi bley nampak hutan menghijau yg agak seram , pas tu nampak kehijauan sawah yg terbentang luas , deretan rumah, ladang2, gereja ada satu , kuil ada 3 dan satu masjid dari celah2 rumah dan pokok.
Saya balik2 nampak teratai & kiambang terapung di permukaan air.sepanjang jln tue rasanya paling byk saya nampak pokok bakau, pokok kelapa ngan sawah padi.
    Kawasan air yang terbesar di ctu namanya Vembanad. ia berkeluasan 83km pjg dan 200km persegi. Niey suma ci kurti yang kasi tau lah..kan tak tau la btul kea tak. kira logik gak la klu anda dtg sendiri tgk negeri Kerala niey. sambung pasal cita Vembanad tue plak kurti kata ia terpisah drpd lautan arab dgn adanya 1 pulau Vyppen atau diorg call tempat tue ngan nama Veeranpuzha bab kawasan berair tue terkenal ngan rupa bentuk diorg kata paling menarik sgt kononnya di seluruh rantau tue. Kami tak berkesempatan gi tempat tue. lagi pun tak ramai yg nak gi ctu bab tempat terpencil(pulau tue)  tak de air tawar katanya .

    Yang best kami gi india niey ialah rumah terapungnya. 70% yg dtg tue memang akan cuba mendapatkan rumah terapung yg popular tue.
yg niey kita org sempat merasa . kami dapat sewa 1 rumah bot . kira bley kata hotel bergerak lah. di rumah terapung tue lah kami berlepak, tido, mkn & berjemur(klu mau hitam menawan..hehehe) utk 4 hari 3 malam. Agak besar jugak rumah terapung niey..sbb asalnya adalah sebuah kapal layar yg org sana wat angkut beras la, lada hitam la dan simen tuk wat umah jugak sblm diubah suai  jd rumah terapung. saya dapati diorg call rumah terapung tue kettuvallam, klu saya tak silap mendengar lah. menurut kurti , maksudnya  ialah bundle boat. tapi dia kata klu dlm bahasa malayalam, 'kettu' tue maknanya ikat ngan tali dan 'vallam' tue maknanya boat.
Saya kira rumah terapung kami tue berukuran 25 meter pjg dan 5 meter lebar. rumah terapung niey dibina tanpa guna 1 btg paku pun. utk membinanya kena guna kayu 'anjili' yg diikat ngan tali dr serat kelapa. dinding/atap nya dr buluh ngan daun palma. bdn bot di cat ngan minyak kacang gajus. 
ada lagi rumah terapung yg lbh mewah bagi yg lbh kaya. ada blik air, ruang tamu, 2 bilik tido & dek. kira lagi besar la..dr yg kami sewa tue. saya perhatikan rumah terapung yg lbh mewah tue ada pelayan khas yg sajikan air kat atas bot sedangkan kami punya ambil air sendiri. ala..tak jeles jugak.. tak cantik mana pun pelayan istimewa diorg tue.. wanita malaysia lg cantik loh.
  Klu ada yg mewah pasti ada yg low class punya. ada rumah terapung yg murah dan lama serta buruk. selalunya jenis yg nie digunakan oleh pekerja2 rumah terapung/org awam kat sana yg nak bw family diorg gi jln2. rumah terapung tue cuma ada 1 dapur kecil dan sedikit ruangan utk bergerak/tido.
   Blum abis lg cita pasal rumah terapung niey..bahagian atas rumah terapung kami sewa tue kami wat jd tempat mkn dan lepak. makanan yg di sediakan ...huh.. cukup sedap. kami sempat cuba masakan kerala d selatan dan kerala d utara. kerala selatan niey byk guna bwg putih dan kerala utara tak guna bwg putih langsung. makanan2 diorg byk guna kulit kayu manis , buah pelaga , halia , lada merah/hijau , bwg2 tue suma , jintan putih , kunyit, ketumbar, kelapa macam kita org malaysia jugak lea. apa yg bezanya 89% org malaysia guna minyak kelapa sawit dan diorg guna minyak kelapa yg home-made punya. sayur yg mrk slalu sgt hidang namanya Sadhya. sadhya niey 1 mskn  traditional yg dihidangkan atas daun pisang lah biasanya, bersama nasi dan lauk lain iaitu payasam (bley kira pencuci mulut lea) . selain daripada tue, mrk turut hidangkan karimeen pollichathu dan ikan moilee yg diorg kata mknn laut yg paling terkenal. yg best pasal mkn niey, buah2an dan sayur2an berlambak2 ,murah dan masih bergetah (fresh dr ladang) lagi.
   Apa yg saya rasa menarik di cni ialah cara diorg tangkap ikan. wanita2 terlebih dulu celup kaki diorg dlm air utk rasa ada ikan kea tak. klu diorg dah pasti bru bg tau sama tok laki diorg utk campak jaring / menyelam utk tangkap ikan tue.. kira buang masa lah jugak kan  tapi memang hebat bila saya tgk bdak 12 tahun menyelam dan dpt ikan kira besar gak lah.. then diorg akan simpan ikan tue dlm 1 balang yg diorg call pot terraccota. ada juga yg saya tengok..malam2 buta pasang lampu terang2 dan tangkap ikan.
   Dalam rumah terapung kami tue ada 2 pekerja, 1 kapten , 1 peterjemah/pemandu pelancong (c kurti) dan 2 pendayung. yg specialnya, kapten yg mengetuai rumah terapung tue org pomwan yg tak mcm india lansung. cute jugak.. malangnya kamera saya jatuh dlm sungai tue tak  dpt nak tunjukkan gambarnya yg saya ambil curi2 bab dia tak suka bergambar..plik kan ?..yang cantik tak suka bergambar dan yg itam belegam nak pulak bergambar. barangkali itu malangnya jika saya ambil gambar org curi2 kan? hehehe.. padan muka saya sendiri lah. yg dlm kapal tue hanya 2 org india jerr yg bley speaking. kapten yg cun tu ngan kurti. yg lain2 hanya bley cakap bahasa malayalam (bahasa diorg la). Tapi tak de syapa yg perduli nak bercakap ngan diorg bab tak sanggup nak menatap wajah diorg. nak terketawa bila bercakap. hahaha.. ngan bahasa diorg.. grumble2 hahaha.. tak habis saya ketawa lah kiranya.
     Antara tempat yg menarik ialah trivandrum. trivandrum tue ibu negeri kerala. klu dah kepingin sangat nak dgr bunyi hon2, suara2 pasar dan pengemis..huh..berlambak di trivandrum. tapi kat ctu gak la kita bley lihat taman bunga, zoo, kuil2, resort tepi pantai , taman buaya dan pusat pemuliharaan haiwan liar yg hampir nak pupus.
     lain dr tue, ada satu tempat namanya thiruvanantapuram . maksudnya tempat suci ular. sejarah silamnya yg entah apa2..boleh dilihat pd bangunan lama yg kebanyakkannya dibina guna kayu apa entah (lupa apa nama) dan atap jubin serta ukiran pada tebar layar.
   Time kami pergi tue , ada satu tempat masih baru lea , namanya Alleyppey; sebuah pasar yg baru jd tumpuan pelancong. tempat menarik kat sekitar ctu adalah kuil krishnapuran yg d bina dgn gaya kerala asli, kuil chettikulangara bhagavathy dan gereja katolik st andrew.
    Cochin plak 1 tempat pusat komersial dan nadi industry Kerala. dibina d atas gugusan beberapa pulau di tasik vembanad yg d satukan jd pelabuhan asli yg tercantik di dunia kata kurti. ada ciri2 era kolonial portugis, belanda dan inggeris. tarikan utama kat cochin ialah istana belanda di pulau bolghatty dan 1 tempat golf yg memuaskan mata memandang.
   Dekat sebelah pulau bolghatty , ada lagi satu pulau namanya kumarakom. ia adalah 1 perkampungan di tasik vembanad. terletak di kawasan kuttanad yg menawarkan kemudahan bot, memancing dan santuari burung.
   Semasa d kerala, luangkan masa utk melawat klinik ayurvedic yg menawarkan pelbagai jenis herba dan tumbuh2an utk tujuan perubatan. musim monsun sejuk (jun-oct) amat sesuai la utk kita gi sana.. samada utk melancong kea, wat rawatan kea atau pemulihan. ramai yg berkata , klu kita gi tempat tue pd musim tue, musim tue sendiri bantu pori2 tubuh kita menyerap minyak herba diorg dgn lebih sempurna.
   Pusat ayurveda bley ditemui di malappuram, destinasi tempat suci bg org india pd zaman dulu kala (zaman batu kot. hihihi..) dan juga tempat bermulanya sistem kesusasteraan serta perubatan tradisional india , ayurveda.
   Saya diberitahu ada lebih 400 buah rumah terapung mulai 2010. cara saya dan kekawan pilih rumah terapung ialah melalui 1 laman web. kat laman web tue la saya dan kekawan kumpul maklumat, buat tempahan , membandingkan harga dan hubungi pejabat pelancongannya. nie laman web tue ; www.keralagreenery.org/houseboats.html. 
gambar2 nya nanti saya masukkan sebab kena gi minta dr kawan2 . kamera diorg tak jatuh masuk dlm sungai cam saya bab diorg tak cemerkap..hihihi... matilah klu mummy tau pasal kamera tue..







Fakta ringkas Kerala

 1. populasi ~ 41.8 juta
 2. ibu nagara ~ thiruvanathapuram
 3. bahasa diorg ~ malayalam (the most) , hindi then baru lah english
 4.mata wang ~ rupee
 5.iklim~ panas dan kering(april-mei), sejuk(disember) dan
                monsun sejuk(jun-oct).
 6. cara kami ke sana~ guna malaysia airlines berlepas dari kl ke   banglore(kira paling dekat ngan kerala lea)-dgr kata 3 kali seminggu.

No comments:

Post a Comment